Nak Cepat Kahwin??

Di bawah ini ada doa untuk mendapatkan jodoh. InsyaALLAH, kalau nak cepat dapat jodoh.. boleh 'try' ea?



subhanallah.. baca tajuk saja sudah rasa 'terkezut'. hehehe.. bukan apa, semua perkara yang kita kehendaki haruslah datang dengan niat yang baik, semangat yang tegar dan kental, usaha yang gigih.. sentiasa mengingati Allah SWT dalam segala aspek, berdoalah selalu kepadaNYA, DIA memang MAHA PEMURAH.

40 Kesilapan Dalam Mendidik Anak-anak

Anak adalah anugerah dari Allah yang paling berharga..
Hargai dan sayangilah mereka
Kepada semua yang bergelar Ibubapa kita sama-sama renungkan... .

1. Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat

2. Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat

3. Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak

4. Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak

5. Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disajikan kepada anak-anak

6. Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan

7. Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan

8. Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak

9. Kurang melahirkan kasih sayang

10. Sering mengeluh di hadapan anak-anak

11. Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi dan pulang dari sekolah

12. Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan

13. Tidak memberatkan pendidikan agama di kalangan anak-anak

14. Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak

15. Tidak memprogramkan masa rehat dan riadah anak-anak

16. Tidak menggalakan dan menyediakan suasana suka membaca

17. Mengizinkan anak-anak menjamah makanan dan minuman yang tidak halal

18. Tidak menunjukkan contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak

19. Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak

20. Terdapat jurang komunikasi di antara ibubapa dengan anak-anak

21. Tidak menggunakan bahasa yang betul

22. Suka bertengkar di hadapan anak-anak

23. Sentiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak

24. Tidak membimbing anak-anak supaya mematuhi syariat

25. Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak

26. Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak

27. Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak

28. Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak

29. Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak

30. Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak

31. Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak

32. Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak

33. Kerap meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan anak-anak

34. Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan

35. Sering mengancam dan menakutkan anak-anak

36. Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan

37. Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman ke atas anak-anak

38. Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak

39. Tidak tegas mendidik anak-anak

40. Tidak menggalakkan anak-anak hidup berkerjasama

Perkahwinan

Assalamualaikum para pembaca blog sekalian. Terima kasih kerana sudi membaca blog saya yang serba dhaif ini. Maklumlah, baru nak berjinak-jinak dengan dunia penulisan; kata orang, alang-alang sudah tercebur masuk lebih baik diteruskan lagi masuk ke dalam sehingga ke dasarnya. Macam tu baru ada "Umppphhhhh". =)

Musim cuti sekolah, waktu ini memang sesuai untuk orang melangsungkan majlis perkahwinan. Pada keluarga saya sendiri, setiap kali musim cuti sekolah ini adalah musim yang membuatkan saya rasa 'boring' sebab tak dapat kemana-mana. Yelah.. ayah sibuk dengan tugasnya menikahkan orang, isi borang itu ini.. macam-macam ada.. huhuuu.





26hb. Disember 2009 - bertempat di Kampung Durian Chondong, Muar, Johor.. berlangsunglah sudah majlis akad nikah sahabatku, Maznah Binti Mahad dengan pasangannnya Nuzul Bin Menhat.



antara sahabat-sahabat yang hadir ke majlis perkahwinan Maznah dan Nuzul..

maaf la enot(nama gelaran Maznah).. walaupun aku tak dapat datang, tapi aku doakan kau berbahagia selalu, dikurniai cahaya mata yang comel-comel, soleh dan solehah. amiin =)

p/s= Bila giliran saya? Jangan tanyalah.. sebab saya tak tau.. hihihiii =P

Cinta

Hari ini ada dua persoalan yang dikemukakan oleh dua orang lelaki yang berbeza. Salah satu dari persoalan itu adalah berkaitan CINTA. Ahaaa.. CINTA. Love, Pyar.. semuanya sama, cuma sebutan dan dari bahasa yang membezakan. Bila sebut CINTA, apakah yang berlegar di fikiran anda semua?

Suatu perasaan yang sukar diungkap. Sangat asyik, bisa membuatkan si pendamba CINTA itu khayal. Lebih dasyat dari penangan pil 'goyang'. Ahaaa.. dan persoalan yang lelaki itu katakan kepadaku lewat SMS.. "Perlukah adanya cinta?"



Surah At-Taubah ayat 24.

Macam mana sekarang? Apa pula pandangan anda tentang CINTA? Adakah perspektif anda mengenai perkataan CINTA ini sudah berubah atau masih kekal sama seperti sebelum ini? Cuba anda selami surah di atas.

Sekarang ini sebok diperkatakan tentang 'COUPLE' itu hukumnya HARAM kerana ia juga salah satu dari ZINA walaupun sekadar ZINA KECIL tetapi ALLAH telah menegaskan agar kita menjauhi ZINA. Tetapi tahukah anda bahawa bukan sekadar tidak boleh ber"COUPLE", malah banyak lagi. Semua itu harus dikaji. Jangankan sudah berkopiah, sudah khatam Al-Quran berpuluh-puluh kali, hafiz Al-Quran.. tetapi tetap saja 'Nerrow Minded'.

Di zaman nabi, mereka berjihad fisabilillah dengan cara berperang. Turun ke medan perang demi menegakkan syiar Islam. Tetapi zaman kita, zaman kelahiran generasi bijak pandai. Kita juga berperang, berjihad fisabilillah. Cuma bezanya, kita berperang menggunakan kebijaksanaan. Berjihad fisabilillah di medan lapangan dunia penuh manusia yang alpa tentang kewujudan ALLAH SWT. Yang namanya UMAT ISLAM itu mestilah bijaksana, tangannya harus di atas (memberi).. bukan di bawah(menerima). Akhlaknya mestilah ibarat kiasan Rasulullah SAW tentang tanah. Biar menjadi tanah gembur yang lembut, mudah menyerap air, mudah pula air itu diserap pada tumbuh-tumbuhan. Ertinya, yang namanya UMAT ISLAM itu mesti rajin mengkaji dan menimba ilmu pengetahuan, kemudian tidak lokek pula untuk mencurahkan ilmu pengetahuan itu kepada orang lain.

Berbalik kepada tajuk kita, jawapan saya terhadap persoalan yang dikemukakan oleh lelaki itu ialah; Semua kejadian, ciptaan ALLAH SWT itu ada kebaikkan dan ada keburukkannya yang tersendiri. Sebagaimana ALLAH SWT telah memuliakan manusia dengan memberikan nikmat akal yang boleh berfikir (tidak pada haiwan), kita seharusnya menggunakan akal fikiran ini untuk membuat perbandingan yang mana baik dan yang mana buruk. Jika sudah tahu di dalam semak itu ada duri, mengapa diredah juga? Sedangkan ada jalan lain yang lebih selamat untuk dilalui. Bukankah bodoh namanya?

Perlukah ada CINTA MONYET? Di dalam surat At-Taubah ayat 24 itu tadi memberi makna bahawa apa sahaja yang kita cintai melebihi dari mencintai ALLAH SWT dan Rasul-NYA, maka azablah yang ALLAH turunkan.

Lalu saya tambah lagi jawapan kepada sahabat yang bertanya itu tadi,
"TIADA CINTA YANG LEBIH PENTING KECUALI CINTA KEPADA ALLAH"

Kerana saya dapat merasakan, sahabat saya itu ingin melamar saya =o)

Tangan Yang Menadah



Hari ini nampak suatu kelainan di tempat kerjaku. Setiap manusia yang masuk ke bilik tempatku bekerja, masing-masing pasti akan merasai kelainan ini. Lalu mereka akan berkata.. "Oh.. dah ada tingkap baru!" dan "Patut pun silau!" ada juga "Wah, macam ni kena la beli cermin mata gelap" dan juga "Sakitnya mata..!!" aduhai..

Sekali dengar, macam dah biasa. Dua kali dengar, terasa macam nak senyum sinis pun ada. Kali ketiga dengar, lantak korang la. Tiga kali dengar, itu pun selepas berfikir panjang.. lalu saya pun berkata "Sedekah-sedekahlah langsir, kak oi..".

Itu intro saja. Nak beri aroma kesedapan sebelum menghirup isi, biasalah tu. Sebenarnya saya ingin berkongsi perasaan saya pada hari ini. Tatkala tiba-tiba saya terpandang cermin yang baru di pasang di bilik tempat kerja saya ini, di bahagian luar saya ternampak seorang pekerja Am yang setiap pagi rutinnya membersihkan kawasan persekitaran. Kawasan persekitaran tempat kerja saya ini sangat luas. Sebuah sekolah agama, tiga sekolah dalam satu kawasan iaitu PRA, Sekolah Rendah Islam dan Sekolah Menengah Islam di bawah naungan ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia). Boleh bayangkan tak ? Jika saya katakan yang saya tidak dapat hafal nama cikgu-cikgu di sini walaupun sudah hampir sebulan bekerja, boleh percaya? Kalau tak mahu percaya pun, terpaksalah anda percaya kerana itulah hakikat yang berlaku di sini.

Sedetik saya terpandangkan pekerja Am itu, saya mula berfikir. Mengapa rata-rata pekerja yang bekerja sebagai pembantu Am, yang bekerja dengan majlis bandaran, kutip sampah, yang berkaitan sampah-sampah.. semuanya golongan yang sudah agak tua. Jika ada pun yang masih muda, pasti mata insan yang memandang akan berkata "Ni mesti dulu malas belajar".. kasihan..

Lalu dengan itu, fikiran saya yang semakin pantas berlari, berputar-putar kemudiannya terfikir pula akan nasib seorang tua peminta sedekah. Masih lagi di topik utama, golongan tua. Jarang, bahkan terasa mustahil untuk saya mendapatkan seorang peminta sedekah di golongan muda. Terfikirkah anda, mengapa bisa jadi begini. Kadangkala saya terasa seperti ingin mendekati mereka, menyingkap kisah silam mereka untuk mencari asbab terjadinya kisah yang menjadikan mereka sebagai peminta sedekah di jalanan. Apakah mereka ini tiada keluarga? Di mana saudara-mara mereka? Di mana anak-anak mereka?

Di pasar malam berhampiran kediaman saya, ada sepasang peminta sedekah. Umurnya mungkin hampir seumur dengan ibu dan ayah saya. Oleh kerana itu setiap kali terpandangkan mereka, hati serta-merta menjadi sayup. Air mata terasa ingin jatuh. Terasa lega dan terubat air mata ini sebaik dapat saya sentuh bahu mereka, tangan mereka.. Oh.. ALLAHUAKHBAR!!



Tegarkah hati anda melihat mereka?

Sesungguhnya tangan yang memberi itu lebih baik dari tangan yang menerima. Jadi, bersedekahlah wahai saudara-saudaraku. Bantulah mereka yang di dalam kesusahan. Jangan sesekali saudara-saudaraku menghina mereka. Kita hanya manusia biasa, insan yang lemah. Kita tidak mempunyai apa-apa kuasa sekalipun untuk menghukum mereka andai mereka sendiri yang menyebabkan diri mereka di dalam kesusahan.

Puisi Pernikahan

Untuk Suamiku;
Pernikahan atau perkahwinan,
Menyingkap tabir rahsia.
Isteri yang kamu nikahi,
Tidaklah semulia Saidatina Khadijah,
Tidaklah setaqwa Saidatina A'aisyah,
Pun tidak setabah Siti Fatimah,
Apalagi secantik Zulaikha.

Justru Isterimu hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punyai cita-cita, untuk menjadi Solehah....

Pernikahan atau perkawinan,
Mengajar kita kewajiban bersama,
Isteri menjadi tanah, kamu langit penaungnya,
Isteri ladang tanaman, kamu pemagarnya,
Isteri kiasan ternakan, kamu pengembalanya,
Isteri adalah murid, kamu mursyidnya,
Isteri bagaikan anak kecil, kamu tempat bermanjanya.

Saat Isteri menjadi madu, kamulah penawar bisanya,
Seandainya isteri tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya.

Pernikahan atau perkawinan,
Menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa.
Untuk belajar meniti sabar dari redha ALLAH subhanahuwata'ala.

Kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana,
Justeru ...... kamu akan tersentak dari alpa,
Kamu bukanlah Rasullulah,
Pun bukan pula sayyidina Ali Karamallahhuwajhah,
Cuma suami akhir zaman,Yang berusaha menjadi soleh...Amin.





Untuk Isteriku;
Pernikahan atau perkawinan,
Menyingkap tabir rahasia.

Suami yang kamu nikahi,
Tidaklah semulia Muhammad saw,
Tidaklah setaqwa Ibrahim as,
Pun tidak setabah Ayub as,
Ataupun segagah Musa as,
Apalagi setampan Yusuf as.

Justru Suami hanyalah lelaki akhir zaman,
Yang punya cita-cita, Membangun keturunan yang Soleh....

Pernikahan atau perkawinan,
Mengajar kita kewajiban bersama,
Suami menjadi pelindung, Kamu penghuninya,
Suami adalah nahkoda kapal, Kamu kelasinya,
Suami bagaikan balita yang nakal, Kamu adalah penuntun kenakalannya,
Saat suami menjadi raja, Kamu nikmati anggur singgahsananya,
Seketika suami menjadi bisa, Kamulah penawar mengubatinya,
Seandainya suami masinis yang lancang, Sabarlah memperingatknnya.

Pernikahan atau perkawinan,
Mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa.
Untuk belajar meniti sabar dari redha ALLAH subhanahuwata'ala.

Kerana memiliki isteri yang tidak seindah mana,
Justeru ......Kamu akan tersentak dari alpa,
Kamu bukanlah Khadijah, yang begitu sempurna di dalam menjaga,
Pun bukan pula Hajar, yang begitu setia dalam sengsara.

Cuma wanita akhir zaman, Yang berusaha menjadi wanita solehah...Amin.

Solat Dan 5 Jenis Manusia

Tazkirah Remaja
Bersama Mohd Zawawi Yusoh

SUDAH lama kita bersolat, tetapi nampaknya keajaiban dan jaminan solat yang disebut Allah masih samar-samar dalam kehidupan kita.

Allah memberi jaminan dalam firman-Nya, bermaksud: “Sudah pasti berjaya orang mukmin iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya.” (Surah al-Mukminun: 1,2)

Pada pertemuan kali ini, penulis mengajak remaja dan siapa saja bermuhasabah mengenai peringkat solat.

Bukannya konsep kejayaan dan cara hendak mencapai khusyuk, tetapi ada beberapa jenis dan golongan serta gaya bersolat di kalangan orang Islam yang semuanya akan mempengaruhi perangai dan cara hidup.

* Jenis Pertama

Hari ini, ramai umat Islam yang tidak bersolat, bahkan ramai juga yang tidak tahu hendak bersolat. Ada yang menafikan kewajipan solat, mereka jatuh kafir sebab itu kadangkala perangainya dengan si kafir tidak ada beza.

* Jenis Kedua

Orang yang melakukan solat secara zahir saja, malah bacaan pun masih tidak betul, taklid buta dan main ikut-ikut orang lain.

Jadi, golongan ini sekejap bersolat, sekejap tidak. Jika ada masa dan emosi baik, dia bersolat. Kalau sibuk dan ada program kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, dia tidak bersolat.

Orang ini jatuh fasik. Tidak belajar solat mahupun secara rasmi atau tidak rasmi. Ilmu mengenai solat ialah apa yang dipelajari ketika kecil dan tadika saja. Golongan ini tertolak, bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaan derhaka kepada Allah.

* Jenis Ketiga

Golongan yang melakukan solat cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan solat, Fatihah, doa Iftitah dan tahiyatnya, tetapi tidak dihayati dalam solat itu.

Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia tanpa menghayati solat. Golongan ini dikategorikan sebagai solat ‘awamul Muslimin’ dan jika dididik serta ditambah mujahadah (kesungguhan), dia akan berjaya dalam solat.

* Jenis Keempat

Golongan ini baik sedikit daripada golongan sebelumnya, tetapi main tarik tali dalam solatnya.

Sesekali dia khusyuk, sesekali lalai pula. Apabila teringat sesuatu dalam solatnya, teruslah terbawa-bawa, berkhayal dan seterusnya.

Apabila teringat Allah secara tiba-tiba, insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hati serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimah dan bacaan dalam solat. Begitulah sehingga selesai solatnya.

Peringkat ini orang terbabit akan mula memasuki zon ‘memelihara solat’, tetapi masih belum seronok dengan solat.

* Jenis Kelima

Golongan yang melakukan solat tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz dalam solatnya.

Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekeliling sehingga pekerjaan serta apa pun yang dilakukan atau difikirkan di luar solat itu tidak mempengaruhi so latnya.

Walaupun dia memiliki harta dunia, menjalankan kewajipan dan tugas keduniaan seperti perniagaan, semua itu tidak mempengaruhi solatnya. Hatinya masih dapat memuja Allah dalam solat. Golongan ini disebut orang soleh.

Sebenarnya banyak lagi peringkat solat, tetapi keterbatasan ruangan sekadar lima tahap ini rasanya sudah boleh mu hasabah diri mengenai tahap solat yang kita lakukan.

Jika kita berada di peringkat satu, dua dan tiga, kita sebenarnya belum selamat dan mungkin solat tidak mampu mendapat jaminan Allah.

Ibadat solat boleh membangunkan jiwa dan iman, men jauhkan daripada yang buruk dan merungkai mazmumah (sifat keji), menanamkan mahmudah (sifat terpuji), me lahirkan disiplin hidup dan akhlak yang agung. Semoga solat kita akan berlangsung sebagai mi’raj.