Tangan Yang Menadah



Hari ini nampak suatu kelainan di tempat kerjaku. Setiap manusia yang masuk ke bilik tempatku bekerja, masing-masing pasti akan merasai kelainan ini. Lalu mereka akan berkata.. "Oh.. dah ada tingkap baru!" dan "Patut pun silau!" ada juga "Wah, macam ni kena la beli cermin mata gelap" dan juga "Sakitnya mata..!!" aduhai..

Sekali dengar, macam dah biasa. Dua kali dengar, terasa macam nak senyum sinis pun ada. Kali ketiga dengar, lantak korang la. Tiga kali dengar, itu pun selepas berfikir panjang.. lalu saya pun berkata "Sedekah-sedekahlah langsir, kak oi..".

Itu intro saja. Nak beri aroma kesedapan sebelum menghirup isi, biasalah tu. Sebenarnya saya ingin berkongsi perasaan saya pada hari ini. Tatkala tiba-tiba saya terpandang cermin yang baru di pasang di bilik tempat kerja saya ini, di bahagian luar saya ternampak seorang pekerja Am yang setiap pagi rutinnya membersihkan kawasan persekitaran. Kawasan persekitaran tempat kerja saya ini sangat luas. Sebuah sekolah agama, tiga sekolah dalam satu kawasan iaitu PRA, Sekolah Rendah Islam dan Sekolah Menengah Islam di bawah naungan ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia). Boleh bayangkan tak ? Jika saya katakan yang saya tidak dapat hafal nama cikgu-cikgu di sini walaupun sudah hampir sebulan bekerja, boleh percaya? Kalau tak mahu percaya pun, terpaksalah anda percaya kerana itulah hakikat yang berlaku di sini.

Sedetik saya terpandangkan pekerja Am itu, saya mula berfikir. Mengapa rata-rata pekerja yang bekerja sebagai pembantu Am, yang bekerja dengan majlis bandaran, kutip sampah, yang berkaitan sampah-sampah.. semuanya golongan yang sudah agak tua. Jika ada pun yang masih muda, pasti mata insan yang memandang akan berkata "Ni mesti dulu malas belajar".. kasihan..

Lalu dengan itu, fikiran saya yang semakin pantas berlari, berputar-putar kemudiannya terfikir pula akan nasib seorang tua peminta sedekah. Masih lagi di topik utama, golongan tua. Jarang, bahkan terasa mustahil untuk saya mendapatkan seorang peminta sedekah di golongan muda. Terfikirkah anda, mengapa bisa jadi begini. Kadangkala saya terasa seperti ingin mendekati mereka, menyingkap kisah silam mereka untuk mencari asbab terjadinya kisah yang menjadikan mereka sebagai peminta sedekah di jalanan. Apakah mereka ini tiada keluarga? Di mana saudara-mara mereka? Di mana anak-anak mereka?

Di pasar malam berhampiran kediaman saya, ada sepasang peminta sedekah. Umurnya mungkin hampir seumur dengan ibu dan ayah saya. Oleh kerana itu setiap kali terpandangkan mereka, hati serta-merta menjadi sayup. Air mata terasa ingin jatuh. Terasa lega dan terubat air mata ini sebaik dapat saya sentuh bahu mereka, tangan mereka.. Oh.. ALLAHUAKHBAR!!



Tegarkah hati anda melihat mereka?

Sesungguhnya tangan yang memberi itu lebih baik dari tangan yang menerima. Jadi, bersedekahlah wahai saudara-saudaraku. Bantulah mereka yang di dalam kesusahan. Jangan sesekali saudara-saudaraku menghina mereka. Kita hanya manusia biasa, insan yang lemah. Kita tidak mempunyai apa-apa kuasa sekalipun untuk menghukum mereka andai mereka sendiri yang menyebabkan diri mereka di dalam kesusahan.

2 comments:

Unknown July 28, 2009 at 7:15 AM  

sedih dgn msyarakat skarang..
rata2nya ramai yg dah hilg sifat perikmnusiaan.. org2 mskin dpndg hina.. klu bntu mreka pn hnya krana ingin nama.. takde keikhlasan dlm hati mrka..

brownOUT:+:+: July 29, 2009 at 8:23 PM  

terima kasih anis krn sudi mberikn komen.

itulah dia namanya manusia. Mudah menongkat ke langit, tetapi tidak mahu menunduk ke tanah.

mudah memanjat tinggi, tetapi takut jatuh ke bawah.

sdgkn kegagalan itu diciptakan oleh ALLAH SWT agr kita sdr diri, sdr akn mksud kita diwujudkn oleh ALLAH di muka bumi ini.

anis.. tinggi-tinggikn la tangan(bsedekah) untuk menghulur y di bawah =o)