Teori Evolusi - Kebijaksanaan Charles Darwin?

Teori Evolusi

Ini merupakan pengolahan dari pemikiran saya sahaja. Hari ini saya menemui satu laman (blog) yang juga merupakan pemikiran penulisnya mengenai Teori Evolusi oleh Charles Darwin; teori yang memang tidak diterima dalam ISLAM. Memang pelik. Adakah patut diterima akal, manusia dikatakan berasal dari monyet?

"Dia tu yang monyet!"demikian kata ayahku.

Menurut laman web berkenaan juga, penulis menyatakan :

Tetapi aku tidak percaya manusia berasal dari monyet walaupun terdapat banyak persamaan antara kita dengan monyet. Setiap persoalan bukanlah hanya ada satu jawapan. Aku percaya persamaan ini menunjukkan bahawa kita berasal dari Tuhan yang satu. Allah mencipta kita. Allah juga yang mencipta hidupan lain di muka bumi ini. Jadi tidak hairanlah persamaan dengan spesies lain itu wujud.

Memang benar penyataan itu. Terfikirkah anda bahawa dek kerana persamaan manusia dan haiwan memudahkan penyelidik/pengkaji bidang perubatan untuk membuat uji kaji manusia tanpa menyebabkan akibat yang lebih buruk terhadap manusia itu sendiri. Pernyataan saya ini agak sukar difahami nampaknya. Cuba dicontohkan dengan kajian biasa yang dilakukan terhadap tikus di makmal. Di sini menunjukkan persamaan manusia dengan tikus. Tikus yang sihat diberikan sesuatu agar sakit, kemudian para pengkaji di bidang perubatan ini akan mencari penawarnya. Seterusnya diuji penawar itu pada tikus berkenaan. Jika haiwan itu kembali pulih, berkemungkinan manusia juga akan mengalami keadaan yang sama setelah diberi penawar itu. Nah.. sekarang mudah faham bukan?

Sebagai umat ISLAM yang mempercayai sebenar-benar kewujudan ALLAH swt dan segala ciptaannya yang mempunyai seribu macam asbab, kita hendaklah meluaskan pemikiran agar tidak dipandang enteng oleh kaum dari berlainan agama.

Dari itu, jadilah Ulul Albab; pengkaji alam dalam masa yang sama turut mengkagumi ciptaan Ilahi Robbi. Dengan cara itu, kita lebih menghayati ISLAM, mendekatkan diri kepada Sang Pencipta Maha Agung.

Saya akhiri celoteh ilmiah saya ini dengan Wassalam..

0 comments: